Resepi Masak
  • Utama
  • Pilihan Resepi
    • #34 (no title)
    • #35 (no title)
    • #36 (no title)
    • Kek & Puding
    • #38 (no title)
    • #39 (no title)
  • Hubungi
  • Blog Celoteh
Colek Ayam
May 2 2020

Colek Ayam Kelantan yang pasti sedap dan memukau

Masakan Malaysia

Sesiapa yang pernah ke Kelantan di bulan Ramadhan, tidak sah kalau tidak merasaiĀ  pesta colek selepas solat terawih. Antara yang tersohor ketika waktu moreh tersebut adalah colek ayam, colek perut, colek kerang colek buah dan colek campur. Campuran bahan-bahan colek yang membuatkan satu pinggan pasti tidak cukup.

Sedap tidak sedap colek tersebut, bergantung kepada kuah nya. Jika sedap kuah (colek) nya, maka sedap lah segala adunan colek tersebut.

Oleh kerana tahun ni sambutan Ramadhan tidak seperti sebelum nya ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apa kata anda cuba resepi colek ayam yang dikongsikan oleh Puan Wan Aimi Diana Naseer. Rasa nya sebijik dengan colek di Kelantan, pasti tidak mengecewakan.

 

Colek Kelantan.. Walau tak lengkap bahan2 nya.. Tapi dah sedap! LULUS!!

Cucur udang

Bahan A :
500gm tepung gandum
1 paket yeast
1-2 biji bawang besar
1/2 biji carrot
Daun kucai@daun bawang@kangkung
Taugeh
Udang -suka hati byk mana ( sekor potong 4 )
2 sudu teh gula
Garam secukupnya
Air
-bancuh kesemua di atas. Jangan cair sangat.

Bahan B ( di goreng ) :
Fish Ball
Fish Ball vegetarian
Seafood tofu
Fish cake
Crabstick
Tauhu.

Bahan C
Telur ( di rebus )

Bahan D :
Seekor ayam potong 4 di rebus bersama 4 ulas bawang putih dan seinci halia dan garam..

Goreng ayam yg di rebus tadi sampai garing.. Ketepikan.. ( nanti ketuk dan potong ayam tadi )

Bahan E :
Salad
Sengkuang ( di parut )
Timun ( di parut )

Bahan Sos :

2 senduk cili boh
3 sudu besar asam jawa ( campur air ramas dan amik patinya shj )
1 ketul nisang @ 1 ketul gula melaka
3 ulas kurma (di blend dengan secawan air)
2 senduk gula.

Caranya :

Tumis cili boh dgn sedikit minyak .. Tumis sampai naik minyak. Tambah air .. ( amik masa sikit utk kasi cili boh masak btl2 ) bila cili boh dah masak masukkan air asam jawa , gula melaka , gula dan garam.. Masak dgn api perlahan hingga pekat..

**Makan dengan keropok keping, fuhhhh memang terangkat habis.

 

Onde-onde Mengigau 5 Bahan Kek Colat Tornado Cair Di Tekak

Related Posts

daging danok

Lauk Pauk, Masakan Malaysia

Daging Danok Paling Mudah dan Sedap.. sebijik rasa di Hatyai

Address

25 Ohio St. Cleveland. MA
(912) 555-8900
themify.me

Hours

MON - FRI 9AM -11PM
SAT - SUN 5PM - 2AM
Bar open only on weekends
Address
25 Ohio St. Cleveland. MA
(912) 555-8900
themify.me

Hours

MON - FRI 9AM -11PM
SAT - SUN 5PM - 2AM
Bar open only on weekends
© Resepi Masak 2021
Powered by WordPress • Themify WordPress Themes