Onde-onde Mengigau 5 Bahan

Onde-onde atau buah melaka merupakan kuih tradisi yang sangat terkenal di musim Ramadhan.

Di Kelantan, kuih ini akan merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa.

Setiap kali dikunyah, anda dapat rasakan air manisan yang terpancut keluar. sebab itu ada yang menggelarnya kuih “Kekoh Charr”

Tahukah anda, cara penyediaan nya sangat mudah dan menggunakan bahan yang simple.

Ni resepi onde-onde yang dikongsikan oleh Puan Ayza Nur.

onde onde donde donde 👩‍🍳

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan atau lebih air daun pandan + sedikit pewarna hijau
seketul gula melaka (di potong dadu)
sedikit garam
1/2 biji kelapa parut di tambah sedikit garam

satukan tepung pulut, tepung gandum & garam didalam satu bekas..

tuang air pandan tadi sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tadi..

uli hingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan dan boleh dibulat- bulatkan.

ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.

letakkan gula melaka di bahagian tengah dan bulat-bulatkan

bulatkan adunan tadi hingga habis dan susun didalam dulang yg ditabur sedikit tepung gandum

Didihkan air di dalam periuk.

Masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih.

Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika kemudian bolehlah di angkat dan ditoskan airnya.

selepas itu golekkan kuih tadi di atas kelapa parut

tips **
kelapa dikukus seketika untuk bagi tahan lama supaya kuih tidak cepat basi

buat sendiri boleh letak gula melaka bnyk2 dalam tue 🤭

Kredit : Ayza Nur

Bahan untuk onde-onde. Tepung beras, gula melaka, air pandan/pewarna hijau, dan kelapa parut
adunan doh yang telah diuli sebati
Letakkan gula melaka di tengah-tengah adunan yang telah digentel kecil.
kuih yang siap dibentuk dan sedia untuk direbus
Hasil nya setelah digaul dengan kelapa parut…